SEGALA kemelut yang melanda mahu diketepikan sementara ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed yang menetapkan fokus utamanya untuk persediaan atlit bagi menghadapi Sukan SEA Indonesia, November depan.
Harun sebelum ini dikatakan mengarahkan tiga atlit bimbingannya, Nurul Sarah Abdul Kadir, Nor Jannah Hafiszah Jamaluddin dan Mohd Nor Imran Hadi ke Bulgaria secara tiba-tiba selepas dijadualkan MSN untuk menjalani ujian doping.
Mengenai isu tuntutan gaji yang dikatakan sudah selesai, Harun turut enggan mengulas panjang dan mengatakan ingin mendapatkan penjelasan lebih jelas apabila kembali ke tanah air nanti.
“Saya tidak tahu apa cerita di sana, baru dengar saja tapi jika benar ia berita yang baik. Tidak kisahlah berapa yang mereka hendak bayar dulu tapi keutamaan saya masih Sukan SEA.”
Harun juga mengatakan tidak tahu menahu mengenai ketetapan MSN yang ingin menghantar kuartet 4X100m - Siti Fatimah Hassan, Siti Zubaidah Adabi, Yee Li Leng, Sarah dan Norjannah - digabungkan untuk berlatih di Bulgaria semula selepas dikatakan berpecah.
“Saya masih belum bincang lagi. Setakat ini, mereka akan bersaing di Universiade ini,” katanya mengenai kuartet yang tidak digabungkan lebih dua bulan itu.
Mengulas prestasi awal yang ditampilkan negara pada hari pertama olahraga dibuka semalam, Harun tidak menetapkan sasaran terlalu tinggi.
“Ini adalah temasya sukan bertaraf dunia, jadi andai layak ke pusingan kedua, ia sudah dianggap baik. Yang penting ialah mereka mampu memperbaiki catatan masa.”
BERITA HARIAN
0 comments:
Post a Comment