MALAYSIA berpuas hati dengan tahap persiapan venue Sukan Sea Indonesia dan yakin pihak penganjur kejohanan akan dapat menyiapkan sepenuhnya semua kerja sebelum November ini.
Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Sea Indonesia, Datuk Naim Mohamad yang melawat venue kejohanan itu di Jakarta dan Palembang bersama delegasinya pada 18 Ogos lepas menyatakan rasa puas hati terhadap persiapan yang sedang rancak dijalankan.
“Kami bersama kontinjen delegasi Asean lain telah melawat ke tempat-tempat kejohanan dan secara keseluruhan berpuas hati dengan venue di Jakarta yang kebanyakannya telah siap.

“Kalau tidak siap pun dianggarkan hanya 10 peratus sahaja dan memerlukan pengubahsuaian kecil. Penganjur telah memberi jaminan bahawa ia dijangka siap dalam tiga hingga empat minggu lagi,” katanya.
Katanya lawatan venue ke Palembang diketuai oleh timbalannya Datuk Syed Mustaffa Syed Ali yang merupakan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan turut berpuas hati dengan penganjur yang dianggap komited, gigih mengejar masa menyiapkan venue.
“Saya difahamkan masih terdapat satu atau dua venue yang masih belum siap di Palembang dan dijangka siap selewat-lewatnya dua minggu sebelum temasya bermula,” katanya.
Jakarta dan Palembang akan menjadi tuan rumah edisi ke-26 Sukan Sea dari 11 hingga 25 November.
Dalam perkembangan lain, Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi jaminan penginapan atlet negara telah disediakan dan diuruskan dengan terbaik oleh penganjurnya.
MyMetro
0 comments:
Post a Comment