QABIL dan Quzandria akan sertai kejohanan kelayakan di Eropah bermula awal tahun depan hingga Jun bagi mengejar tiket ke Olimpik.
SKUAD ekuestrian negara menerima tamparan hebat selepas jaguh sukan berkuda negara, Qabil Ambak sah tidak akan menyertai Sukan SEA di Jakarta, November ini.
Tambah perit, Qabil juga berkata adiknya, Quzandria Nur juga mengambil keputusan sama tidak menyertai temasya dwi-tahunan itu.
Qabil yang kini masih kekal selaku jaguh Asia Tenggara berkata, kedua-dua mereka sekarang ini mahu memberi tumpuan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Ketiadaan adik beradik itu di Sukan SEA bakal menyaksikan cabaran negara digalas penunggang baru, antaranya Nurin Salleh, Nabil Ismail dan Andika Jamaluddin.
Di Sukan SEA nanti Malaysia akan menghantar lapan penunggang menyertai acara show jumping, dressage dan eventing.
Qabil berkata, dia dan adiknya akan menyertai kejohanan kelayakan di Eropah bermula awal tahun depan hingga Jun bagi mengejar tiket ke Olimpik.
BERITA HARIAN
0 comments:
Post a Comment