KUALA LUMPUR - Ketika persatuan lain sibuk menghantar atlet terbaik ke Sukan SEA Palembang 2011, cerita yang berbeza daripada Persekutuan Petanque Malaysia yang masih berhutang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Menurut Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, persatuan tersebut mempunyai baki hutang RM38,000 ketika beraksi di Sukan SEA Laos 2009 di bawah kategori B dan perlu menyelesaikannya secepat mungkin.
"Bagaimanapun saya telah dijanjikan oleh persatuan tersebut bahawa mereka akan menjelaskannya secepat mungkin, ini kerana jika mereka tidak melunaskan hutang tersebut peluang untuk beraksi di Sukan SEA Palembang 2011 mungkin tertutup," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Wisma MOM, semalam.
"Jelasnya, selain petanque terdapat sukan lain misalnya bola tampar melalui Persatuan Bola Tampar Malaysia telah pun menyelesaikan hutangnya dengan badan itu, semalam," katanya.
Acara petanque menawarkan 11 pingat emas di Sukan SEA Palembang 2011.
Menurut Kok Chi, seramai 320 atlet negara kategori A dan 200 kategori B akan mengambil bahagian di Sukan SEA 2011 manakala tarikh akhir untuk semua persatuan menyenaraikan atlet mereka yang layak pada 25 September ini.
"Setakat ini acara yang belum menyenaraikan atlet mereka ialah akuatik, bola tampar, petanque, angkat berat dan olahraga, saya rasa tidak ada masalah untuk kesemua acara tersebut kecuali olahraga," katanya.
Sementara itu, Kok Chi turut mengumumkan bahawa, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar bakal mengisi jawatan Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menggantikan Michael Fennell yang bersara selepas 17 tahun memegang jawatan tersebut.
Tunku Imran memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh calon lain menjelang Perhimpunan Agung CGF yang akan diadakan di St Kitts, November ini.
Sebelum ini Tunku Imran memegang jawatan sebagai Naib Presiden CGF.
"Ia bakal memberi impak yang baik buat Malaysia berikutan jawatan tertinggi CGF disandang oleh Presiden MOM, Tunku Imran," kata Kok Chi.
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

0 comments:
Post a Comment