Shun Ting-Teck Hua, yang mengalahkan pasangan yang sama di Korat dua tahun lalu, dalam kemenangan gangsa, mengulangi kejayaan mereka ke atas gandingan itu seperti yang dilakukan mereka dalam saingan peringkat kumpulan.
"Jika tidak kerana kesilapan yang dilakukan dalam set kedua, Shun Ting-Teck Hua sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan mudah dan tidak perlu berhempas pulas apabila hampir lagi lawan menyamakan kedudukan," kata jurulatih, Lim Poh Hong.
"Dalam set pertama mereka mempamerkan permainan sempurna apabila berjaya melakukan servis dengan baik serta serangan yang tajam.
"Tetapi set kedua, mereka kehilangan tumpuan hingga membenarkan Indonesia merapatkan jurang selepas ketinggalan agak jauh 5-11," kata Poh Hong.
Emas acara ini dimenangi gandingan Thailand 1 yang menewaskan gandingans senegara, Thailand 2 2-0 manakala Indonesia 1 menjuarai kategori lelaki. BH
0 comments:
Post a Comment