Zaquan kembali semula ke Laos


ZAQUAN disambut rakan-rakan sepasukan sebaik tiba di perkampungan sukan temasya Sukan SEA XXV Laos semalam.


VIENTIANE, Laos - Khabar gembira dibawa penyerang sensasi skuad bola sepak negara, Zaquan Adha Abd. Radzak.

Semalam Zaquan kembali bersama rakan-rakan sepasukannya selepas hampir seminggu berada di tanah air kerana menjalani rawatan ekoran masalah sakit mata yang dialaminya.

Sebaik sahaja selamat tiba di Lapangan Terbang Antara- bangsa Wattay kira-kira jam 10 pagi (11 pagi waktu Malay- sia), Zaquan terus dibawa ke Dao Chan Palace, lokasi rakan- rakan sepasukannya menjalani latihan kecergasan sambil diawasi jurulatih kecergasan, Rustov Bozik.

"Syukur kerana saya dapat kembali bersama rakan-rakan yang lain. Saya rasa seperti berada dalam suasana serba baru.

"Dulu saya datang dan pulang semula ke Malaysia. Sekarang saya datang kembali ke Laos buat kali kedua dan saya rasa ada kelainan sedikit.

"Macam-macam rintangan yang telah berlaku sebelum ini dan saya anggap Sukan SEA kali ini banyak dugaan yang berlaku kepada kami.

"Tetapi saya percaya, semua yang berlaku kepada saya dan juga pasukan ada hikmahnya," kata Zaquan ketika ditemui semalam.

Menurutnya, selepas skuad negara berjaya mencipta keju- tan dengan menewaskan Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A minggu lalu, dia seakan-akan sudah dapat merasakan akan kembali menyertai skuad negara.

"Entahlah tetapi naluri saya mengatakan saya akan kembali semula ke Laos.

"Sebelum pulang ke Malaysia, jurulatih (K. Rajagobal) ada memberitahu, saya belum tentu akan kembali ke sini tetapi saya amat bersyukur kerana akhirnya dapat menyertai rakan-rakan yang lain.

"Selepas mereka bertungkus-lumus dan bekerja keras membawa pasukan mara ke final, sekarang tibalah masanya untuk saya membantu pasukan mencipta kejayaan," kata Zaquan.

Bagaimanapun menurutnya, kini terpulang kepada Rajagobal sama ada mahu menu- runkannya pada pertembungan final menentang Vietnam di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional esok.

"Saya harus terima hakikat bahawa rakan-rakan telah berjuang untuk membawa pasukan ke final.

"Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Jika diberi peluang beraksi untuk seminit pun, saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan.

"Saya rasa tidak adil jika saya terus berada dalam kese- belasan utama sedangkan rakan-rakan saya sudah bersusah payah membawa kejayaan untuk pasukan ketika menentang Thailand dan juga Laos," katanya yang mengutip kad merah ketika menentang Vietnam pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Abang kembar Zaquan, Aidil Zafuan pula berkata, dia berasa gembira dan bersyukur kerana adiknya telah pulih dan sudah kembali menyertai sku- ad negara.

"Sebagai seorang abang, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat dia. Jika dia masih belum pulih, lebih baik dia terus mendapatkan rawatan. Tidak guna menurunkannya."

0 comments:

Post a Comment

top