VIENTIANE, Laos - Malaysia hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.
Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini malam tadi, dua jaringan Baddrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini.
Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur apabila berjaya menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan akhir.
Pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas 0-1 kepada Thailand dan perlawanan itu merupakan kali terakhir Malaysia mara ke akhir.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia berjaya mendiamkan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah apabila pemain sayap, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol pertama seawal minit ke-12.
Gol tersebut berpunca daripada hanta- ran silang Abdul Manaf Mamat dari sebelah kanan yang disudahkan dengan baik oleh Baddrol menerusi sepakan gunting.
Biarpun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Permainan babak kedua pula menyaksikan Laos melakukan asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.
Tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Kanlaya Sysomvang pada minit ke-72 setelah sepakan kaki kirinya dari luar kotak penalti gagal dibaca dengan baik oleh Sharbinee untuk mengikat kedudu- kan 1-1.
Anak-anak buah K. Rajagobal bagaimanapun tidak hilang punca dengan jari- ngan tersebut dan tetap tenang untuk mencari semula gol pendahuluan.
Hasilnya pada minit ke-78, Baddrol berjaya merembat masuk gol kedua dengan menyambut baik bola muntah selepas lambungan awal S. Kunanlan dari sebelah kiri terkena palang gol Laos.
Sisa harapan Laos untuk mengikat kedudukan sekali lagi tidak kesampaian apabila Safiq Rahim menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-84 selepas menyambut baik hantaran Norshahrul dari sebelah kiri.
Malaysia: Sharbinee Allawee Ramli, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abd. Radzak (ketua pasukan), Muslim Ahmad, Sabre Mat Abu (Azmi Muslim), S. Kunanlan, Safiq Rahim, K. Gurusamy, Bad- drol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat (Amar Rohidan), Norshahrul Idlan Talaha (Asraruddin Putra Omar). KOSMO
0 comments:
Post a Comment